Mesyuarat Umno tak pernah kerusi melayang

Saturday, September 29, 2018

Mesyuarat Umno tak pernah kerusi melayang

Mesyuarat Umno tak pernah kerusi melayang

KUALA LUMPUR - Insiden kerusi melayang dalam pemilihan PKR turut menjadi bahan sindiran perwakilan dalam Perhimpunan Agung Umno 2018, hari ini.

Perwakilan Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, perkara seumpama itu tidak pernah berlaku dalam pemilihan atau mesyuarat Umno bahagian atau cawangan.

"Kita bersyukur walaupun kita hilang kuasa, jangan cakap kerusi meja, kertas pun tak ada yang melayang dalam persidangan Umno bahagian dan cawangan. Ini kelebihan ada pada Umno yang tak ada dalam parti lain.

"Di Gombak ada dua tokoh, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar, Amirudin Shaari. Pergi ke Gombak tengok pemilihan parti mereka... huru-hara," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden.

Dalam pada itu, Megat Zulkarnain turut memuji sikap bekas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tabah menghadapi dugaan.

"Saya sedih dengan nasib terpaksa dilalui manusia yang cukup berjasa kepada orang Melayu dan rakyat keseluruhannya bernama Najib Razak. Saya tak fikir orang biasa seperti kita mampu melalui ujian dihadapi Najib.

"Malah, isteri, anak-anak, ibu dan cucunya semua sedang 'ditelanjangkan' untuk mengaibkan beliau. Namun, kita berterima kasih kerana walaupun diaibkan, beliau hadir beri penghormatan pada presiden kita," katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment