Kehilangan besar kepada masyarakat Jerantut

Sunday, September 30, 2018

Kehilangan besar kepada masyarakat Jerantut

Kehilangan besar kepada masyarakat Jerantut

JERANTUT - Pemergian allahyarham Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak, 46,  satu kerugian besar kepada masyarakat Jerantut.

Ketua Umno Bahagian Jerantut, Datuk Nazri Ngah berkata, sepanjang hayat arwah, beliau telah memberikan sumbangan besar kepada pembangunan daerah dan negeri.

"Begitu juga sumbangannya dalam parti dan merupakan seorang pemimpin yang sentiasa ada dan banyak membantu ketika saat sukar

"Allahyarham pasti akan dikenang sebagai seorang yang berbudi kepada masyarakat," katanya dalam satu kenyataan.

Umno bahagian akan menghulurkan bantuan yang perlu kepada keluarga allahyarham dan menguruskan urusan pengebumian.

"Semoga semua anggota keluarga allahyarham tabah dan sabar menerima ujian ini.

"Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ALLAH menempatkan bersama para solihin," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN : Bekas Adun Tahan meninggal dunia di Sri Lanka]
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment