Pairin serah teraju kepimpinan kepada pengganti

Saturday, September 29, 2018

Pairin serah teraju kepimpinan kepada pengganti

Pairin serah teraju kepimpinan kepada pengganti

KENINGAU - Tan Sri Joseph Pairin Kitingan kini bersedia melepaskan jawatan sebagai pemimpin utama Parti Bersatu Sabah (PBS), parti yang diasaskan beliau pada 33 tahun lalu.

Tempoh peralihan bermula hari ini apabila beliau menyerahkan teraju kepimpinan Ketua PBS Bahagian Tambunan kepada Naib Presiden PBS Datuk Daniel Kinsik dalam mesyuarat agung tahunan bahagian parti itu di sini.

Selepas ini, Pairin dijangka menyerahkan kepimpinan PBS kepada pasukan baharu yang diketuai timbalan presiden, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, dalam kongres parti itu November ini.

“Mereka ini adalah pemimpin berkebolehan dan saya menggesa semua anggota supaya menyokong kepimpinan baharu serta mengembalikan semula kegemilangan kita sebelum ini.

“Kejayaan masa depan PBS bergantung kepada kita semua sebagai anggota dan pemimpin rangkaian bawahan… maju ke hadapan dan jangan ragu-ragu,” kata Pairin dalam kenyataan di sini malam ini.

Beliau menegaskan perjuangan politik berbilang kaum PBS adalah mulia, terangkum dan lestari, yang tidak akan ketinggalan zaman.- Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment