Kejayaan sukan angkat berat jadi inspirasi

Friday, September 28, 2018

Kejayaan sukan angkat berat jadi inspirasi

Kejayaan sukan angkat berat jadi inspirasi

KEJAYAAN Siti Barirah Azhari meraih satu pingat emas dan satu pingat gangsa melalui acara angkat berat kategori 58kg di Sukan Malaysia (Sukma) 2018 baru-baru ini berjaya membuka mata banyak pihak.

Atlet berusia 14 tahun tersebut mendapat perhatian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah apabila mereka bersedia menjadikan sukan itu sebagai sukan angkat agensi berkenaan.

Penolong Pengarah Penguatkuasa JPJ Kedah, Mohamad Jalil Mat lazim berkata, masa depan atlet tersebut cerah dan mampu ditingkatkan lagi jika mendapat perhatian serta bantuan pelbagai pihak.

Menurutnya, agensi tersebut sedia membantu dan memberi sokongan moral dalam hal-hal berkaitan yang boleh meningkatkan lagi karier sukannya.

Siti Barirah

"Beliau adalah salah seorang kadet JPJ di SMK Ayer Hitam dan kami terpanggil untuk membantunya dan juga Persatuan Angkat Berat Kedah Darul Aman dengan harapan mampu sampai ke peringkat sukan tertinggi seperti Olimpik," katanya kepada Sukan Sinar selepas melawat Pusat Angkat Berat Sanglang, dekat sini semalam.

Mohamad Jalil berkata, Siti Barirah mampu memberi cabaran kepada atlet berpengalaman lain walaupun masih muda dan jelas atlet tersebut mempunyai pontensi cukup besar.

Hadir sama Timbalan Presiden Persatuan Angkat Berat Kedah Darul Aman, Firdaus Abdul Razak.

Sementara itu, Siti Barirah ketika ditemui berkata, beliau menghargai sokongan semua pihak kepada dirinya dalam usaha untuk memburu lebih banyak kejayaan di pelbagai pentas kejohanan selepas ini.

Atlet tersebut muncul atlet pertama yang menyumbang emas buat kontinjen Kedah pada Sukma di Perak melalui kategori 58kg wanita snatch dengan angkatan 74kg.

Beliau turut meraih pingat gangsa dalam kategori 58kg wanita clean and jerk melalui angkatan berjumlah 88kg.

Pada kejohanan Sukma tersebut, sukan angkat berat menyumbang sebanyak 3 emas, 3 perak dan 3 gangsa untuk Kedah.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment