Ini bukan gimik: Aiman Tino
SETELAH beberapa hari dimasukkan ke hospital, penyanyi Aiman Tino telah dibenarkan keluar hospital hari ini.
Aiman menerusi sebuah video yang dimuatnaik kelab peminatnya, @aimantinorules memberitahu keadaan kesihatannya kini bertambah baik, selain mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyokong dan mendoakannya dirinya.
âAiman dah OK, Alhamdulillah. Berkat doa daripada korang juga sebenarnya. Esok (hari ini) Aiman akan keluar dah.
âSo thank you so much kepada semua yang support Aiman,â ujarnya yang kelihatan sudah semakin sihat.
Dalam pada itu, Aiman atau Mohammad Aiman Yusri, 20, secara berseloroh sempat menyatakan apa yang berlaku ke atas dirinya itu bukanlah satu gimik yang sengaja dicetuskan untuk menarik perhatian ramai.
âIni bukan gimik. nanti kita jumpa bila-bila masa, insya-ALLAH,â kata Aiman.
Penyanyi Ku Rela Dibenci ini dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Rawang, Selangor sejak Selasa lalu selepas mengalami demam panas dan sakit dalam perut.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment