Tunggu dan lihat: Aziz Bari
IPOH â" Wakil rakyat Melayu dari DAP, Dr Abdul Aziz Bari memberi bayangan akan bertanding pada pemilihan parti itu, Oktober ini.
Ketika ditanya, beliau mengatakan kemungkinan besar untuk bertanding itu ada.
âKita lihatlah nanti, jika ada...adalah, tapi kemungkinan besar itu ada,â katanya kepada pemberita, hari ini.
Pemilihan DAP Perak dijadualkan berlangsung pada 14 Oktober depan.
Terdahulu, Naib Pengerusi DAP, M Kula Segaran dan Penolong Setiausaha Penganjur DAP, Thomas Su Keong Siong umum menarik diri dari pemilihan kali ini.
Pada PRU14 lalu, Abdul Aziz merupakan calon Melayu tunggal DAP di Perak menang di kerusi Dun Tebing Tinggi.
Mengulas penganjuran kursus bahasa Melayu untuk semua ahli Parlimen, Exco Kerajaan Perak itu berkata, ia satu cadangan yang baik, namun perlu lihat pada keperluan.
Katanya, sebagai rakyat Malaysia, setiap individu sama ada Melayu atau bukan perlu memperbaiki kelemahan sekiranya belum mencapai penguasaan yang baik.
âSaya tak pasti setakat mana kelas seperti ini dapat perbaiki penguasaan, secara teorinya saya tidak menolak, tetapi perlu lihat kepada keperluan secara keseluruhan,â katanya.
Kursus anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang bermula Januari tahun hadapan itu antara lain bertujuan meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan wakil rakyat berbilang bangsa seterusnya memartabatkan bahasa kebangsaan itu di Parlimen.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment