Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu menyifatkan dakwaan itu sebagai isu yang sengaja direka-reka bagi menyedapkan cerita kempen PRK selama 14 hari bermula semalam.
“Saya tidak pernah jumpa Tun Dr. Mahathir sama ada sebelum atau selepas pilihan raya umum lalu. Hendak berjumpa pun tidak ada sebab, tetapi cerita seperti ditaja ini adalah biasa ketika pilihan raya.
“Ini kali ke-10 saya bertanding dalam pilihan raya, tidak ada sesiapa pun yang mengajar saya dan tidak ada sesiapa pun yang suruh (saya bertanding),” katanya kepada para pemberita selepas berkempen di rumah penduduk, Md. Jamal Mawan, 57, di Kampung Jimah Lama dekat sini, hari ini.
Bekas Pengerusi Felda itu mendakwa, sebahagian besar pengundi di Port Dickson tidak terperanjat dengan keputusan beliau bertanding di kawasan Parlimen itu kerana cadangan mengenainya pernah dibangkitkan selepas Barisan Nasional (BN) tewas kerusi tersebut pada 2008.
“Memang ada cadangan supaya UMNO bertanding kerusi ini tetapi pembahagian kerusi tidak dapat diubah suai dan UMNO terima keputusan itu, tetapi kini peluang terbuka selepas penyandang Datuk Danyal Balagopal Abdullah letak jawatan, jadi saya masuk bertanding.
“Saya kini seolah-olah memenuhi kehendak itu, cuma UMNO buat keputusan tidak letak calon, kalau parti letak calon, saya tidak ada masalah dan tidak semestinya saya yang perlu jadi calon,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment