Ayda Jebat Sindir Lagu Tak Diterima Di Negara Sendiri
Merangkul trofi Lagu Terbaik Malaysia di Anugerah Planet Muzik 2018 baru-baru ini di Singapura, ucapan Ayda Jebat menyindir industri Malaysia membuatkan ramai berasa berang kerana dianggap memalukan Malaysia.
BACA: Ayda Jebat Tak Puas Hati Gagal Ke AJL 32
รขIni merupakan anugerah pertama untuk kategori terbaik yang pernah saya dapat. Saya percaya muzik yang bagus itu boleh diterima di mana saja walaupun bukan di Malaysia,” katanya di Anugerah Planet Muzik 2018.
Rata-rata peminat berpendapat ucapan Ayda di Singapura baru-baru ini ‘kurang cerdik’, selain memalukan negara sendiri biarpun sudah memenangi anugerah hanya kerana rasa tidak puas hati.
Sindiran Ayda difahamkan berkaitkan dengan kontroversi sebelum ini, dimana beliau tidak berpuas hati lagunya, Mata gagal ke pentas AJL 32. Malah Ayda mengatakan indsutri Malaysia terlalu banyak isu politik dalaman.
Ucapan sindirin Ayda turut mendapat perhatian Adibah Noor, yang berpendapat setiap lagu ada penilaian tersendiri dan bukan kerana tidak diterima. Biarpun tidak menyebut sebarang nama, namun ramai mendakwa ianya Ayda. (rtky/w)
sumber: rotikaya
0 comments:
Post a Comment