Tujuh calon layak bertanding PRK Port Dickson

Friday, September 28, 2018

Tujuh calon layak bertanding PRK Port Dickson


Pegawai Pengurus PRK Port Dickson, Khairy Maamor berkata, selepas pusat penamaan calon ditutup pihaknya telah menerima lapan borang pencalonan namun satu pencalonan ditolak.

Mereka yang layak bertanding ialah

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; calon Pas, Mohd. Nazari Mokhtar dan bekas Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang bertanding sebagai calon Bebas.

Turut bertanding sebagai calon Bebas ialah bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Stevie Chan Keng Leong, Lau Seck Yan dan Kan Chee Yuen.

A. Ragendra yang menghantar borang pencalanon pada saat akhir walau bagaimanapun ditolak pencalonannya disebabkan pencadang bukan pemilih berdaftar di Parlimen Port Dickson. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment