Best tawar wang tunai lagi!

Sunday, September 30, 2018

Best tawar wang tunai lagi!

Best tawar wang tunai lagi!

JOHOR BAHRU - Stesen radio Best menawarkan wang tunai kepada peminat dengan peraduan 'Dengar Bunyi Best' mulai semalam sehingga 12 Oktober depan.

Pengurus Besar Best, Rizal Sahimy berkata, peraduan itu merupakan salah satu cara untuk stesen radio tersebut berinteraksi dan memberi ganjaran kepada peminat dan pendengar.

"Pada masa sama, kami ingin memudahkan proses peraduan supaya peminat dan pendengar mudah untuk menang dalam peraduan ini.

"Sehingga kini, kami mendapat sambutan yang amat memuaskan daripada peminat dan pendengar dari seluruh negeri," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Rizal berkata, terdapat juga peminat dan pendengar didapati gigih mengikuti perkembangan Best daripada media sosial dan mendengarkan stesen radio itu sepanjang masa melalui online.

Katanya, menerusi peraduan itu, pendengar hanya perlu mendengar bunyi 'Best! Best! Best! di antara lagu-lagu yang dikeudarakan sepanjang hari dalam tempoh peraduan.

"Kemudian, selepas pendengar dapat mengenalpasti nama tajuk lagu dan nama penyanyi yang keluar selepas bunyi 'Best! Best! Best!' tersebut, pendengar perlu hubungi penyampai radio yang bersiaran dan berikan nama tajuk lagu tersebut.

"Sekiranya pendengar berjaya memberikan jawapan yang tepat, mereka akan menerima wang tunai sebanyak RM300.

"Jika pendengar tersebut gagal meneka jawapan dengan tepat, wang tersebut akan dibawa ke waktu seterusnya sehingga ada yang dapat menjawab dengan betul," katanya.

Beliau berkata, peraduan itu dijalankan di setiap segmen iaitu dari Squad Pagi Best sehingga ke segmen Night With ZZ setiap Isnin hingga Jumaat selama dua minggu.

"Peminat dan pendengar boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan peraduan ini dengan melayari media sosial Facebook dan Instagram Bestlah.my.

"Selain itu, mereka juga boleh melayari laman web di bestlah.my untuk mengetahui syarat peraduan serta terma dan syarat untuk menyertai peraduan ini.

"Pastikan peminat dan pendengar tidak ketinggalan menyertai peraduan Dengar Bunyi Best dan rebut peluang menjadi pendengar bertuah untuk memenangi sebahagian daripada wang tunai sehingga RM24,000," katanya

Ikuti laman sosial Facebook dan Instagram Bestlah.my untuk mengikuti pelbagai peraduan menarik khas untuk peminat dan pendengar Best.

Dengarkan juga Best di frekuensi 104.1 FM di Johor Bahru, Singapura dan Kuala Lumpur, 102.5 FM di Johor Timur dan 94.8 FM di Johor Utara dan Melaka. 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment