Masyarakat India Muslim perlu manfaat kemakmuran negara

Saturday, September 1, 2018

Masyarakat India Muslim perlu manfaat kemakmuran negara

Masyarakat India Muslim perlu manfaat kemakmuran negara

KUALA LUMPUR - Masyarakat India Muslim disaran supaya memanfaatkan keamanan serta kemakmuran negara yang ada pada hari ini bagi meningkatkan taraf sosioekonomi sekaligus menyokong pembangunan Malaysia untuk generasi depan.

Pengerusi Persatuan Badan Kebajikan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa India Muslim Kuala Lumpur dan Selangor (Pebaktim), Hanifah Abdul Samad berkata, banyak peluang yang wujud di negara ini yang boleh diambil oleh semua rakyat dalam memperkasakan sosioekonomi khususnya masyarakat India Muslim.

"Dengan peluang yang ada itu, kita boleh bersama-sama gembeleng tenaga untuk negara.

Abu Bakar bergambar bersama-sama para pemain yang menyertai Pertandingan Futsal anjuran Pebaktim di Taman Danau Kota, Kuala Lumpur, petang tadi.

"Kami yakin dengan kebijaksanaan kepimpinan negara yang diterajui Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam melaksanakan tadbir urus negara dengan baik serta mampu memberikan kebaikan untuk rakyat khususnya bagi masyarakat India Muslim," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penutup serta penyampaian hadiah Pertandingan Futsal Piala Pebaktim di Taman Danau Kota, di sini hari ini.

Majlis penyampaian hadiah itu disempurnakan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya.

Turut hadir Penasihat Pebaktim, Datuk Jawahar Ali.

Dalam pertandingan itu, pasukan Heritage MIM FC muncul juara dan membawa pulang piala, pingat serta wang tunai RM2,000.

Sebanyak 24 pasukan bersaing merebut kejuaraan dalam pertandingan itu.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment