Pemilihan PKR di Johor tiada kekecohan

Sunday, September 30, 2018

Pemilihan PKR di Johor tiada kekecohan

Pemilihan PKR di Johor tiada kekecohan

JOHOR BAHRU â€" Proses pengundian untuk memilih barisan kepimpinan pusat dan cabang PKR di Johor berjalan lancar sehingga tengah hari ini tanpa sebarang kekecohan atau insiden.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR Dr Adzman Hedra berkata setakat 1.30 tengah hari ini, proses pengundian di semua 24 cabang PKR di negeri ini lancar.

Beliau berkata keadaan itu dapat dilihat dalam pemantauan ketika lawatan beliau bersama Pengerusi JPP PKR Datuk Rashid Din di enam cabang di sebelah Johor utara pagi tadi.

Di cabang-cabang lain, juga tiada kekacauan atau insiden yang tidak diingini dilaporkan berlaku.

“Saya harap keadaan ini berterusan sehingga selesainya proses pengundian petang ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Perkara sama dilihat dalam tinjauan di beberapa pusat mengundi di beberapa cabang lain termasuk di Muar dengan proses pengundian berlangsung di Dewan Serbaguna Tun Sulaiman Ninam Shah untuk Cabang Muar.

Menurut jurucakap pusat pemilihan itu, semua pemilih memberi kerjasama yang baik dan datang awal untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

"Kita ada lebih kurang 2,500 anggota dan sambutan daripada ahli amat menggalakkan selepas pusat pemilihan dibuka hampir dua jam," katanya.

Sementara itu, tinjauan di pusat pengundian di Cabang Johor Bahru dan Pulai juga mendapati proses pengundian dalam keadaan terkawal dan lancar. - Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment