Penjawat awam dicekup curi telur

Friday, September 28, 2018

Penjawat awam dicekup curi telur

Penjawat awam dicekup curi telur

KUALA TERENGGANU - Cubaan seorang penjawat awam mencuri pelbagai jenis barang termasuk sepapan telur gagal apabila dicekup di sebuah pasar raya, di sini, Rabu lalu.

Suspek, 32, dari Kampung Rhu Muda, Marang, ditahan selepas gerak gerinya yang mencurigakan dikesan pengawal keselamatan bertugas, kira-kira jam 1.50 petang sebelum diserahkan kepada polis.

Menurut sumber, semasa ditahan, terdapat sembilan jenis pelbagai barang termasuk sepapan telur gred A sebanyak 30 biji sedang dipegang suspek.

"Suspek berjaya menyelinap keluar kesemua barang bernilai keseluruhan RM128.39 ditahan di hadapan pasaraya selepas diekori pengawal keselamatan yang memerhatikan gerak gerinya sejak dari awal lagi.

"Hasil siasatan mendapati suspek merupakan individu yang dikehendaki pasar raya sebelum ini kerana disyaki mencuri televisyen," katanya ketika dihubungi.

Sumber berkata, setelah disoal siasat, suspek mengaku sebelum ini pernah mencuri lima unit televisyen di pasaraya itu yang melibatkan nilai keseluruhan RM1,033.

Sementara itu, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab Latiff membenarkan suspek direman selama empat hari untuk siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment