Mohamad Suparadi diumum Pengerusi Tekun Nasional

Sunday, September 30, 2018

Mohamad Suparadi diumum Pengerusi Tekun Nasional

Mohamad Suparadi diumum Pengerusi Tekun Nasional

KEMENTERIAN Pembangunan Usahawan hari ini mengumumkan pelantikan Datuk  Mohamad Suparadi Md Noor sebagai Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional.

Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Md Yusof dalam kenyataannya hari ini berkata, Mohamad Suparadi merupakan pengerusi eksekutif DSN Group of Companies.

"Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang berkaitan pembangunan produk, kewangan dan pelaburan dalam pelbagai sektor," katanya lagi.

Dalam kenyataan yang sama, Mohd Redzuan turut mengumumkan pelantikan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan Wan Suraya Wan Mohd Radzi sebagai ahli Lembaga Pengarah Tekun Nasional.

"Kesemua pelantikan ini adalah tertakluk kepada proses kelulusan yang sewajarnya," katanya lagi. - Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment