PM akhiri lawatan ke New York, berlepas ke London

Saturday, September 29, 2018

PM akhiri lawatan ke New York, berlepas ke London

PM akhiri lawatan ke New York, berlepas ke London

NEW YORK รข€" Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakhiri lawatan kerjanya selama lima hari ke New York hari ini dan berlepas ke London untuk meneruskan bahagian kedua lawatan kerjanya ke United Kingdom.

Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba di New York pada Selasa (25 September) kerana  menyertai Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) (UNGA).

Ini merupakaan lawatan  pertamanya ke Amerika Syarikat sejak PH memenangi PRU14 pada Mei.

Semalam, Dr Mahathir kembali hadir di PBB selepas jurang masa 15 tahun, dan dengan lantang mengulangi desakan agar dilakukan reform (pembaharuan) terhadap badan dunia itu.  

Ketika membentangkan kenyataan Malaysia di UNGA ke-73 itu, perdana menteri mencadangkan agar kuasa veto tidak dilaksanakan oleh hanya sebuah anggota tetap tetapi sekurang-kurangnya dua dengan  disokong oleh sekurang-kurangnya tiga bukan anggota tetap Majlis Keselamatan dan Perhimpunan Agung  kemudian hendaklah menyokong keputusan dengan majoriti mudah.

Dr Mahathir, selaku pemimpin tertua dunia pada usia 93, telah menarik perhatian pelbagai organisasi.

Semasa di New York, beliau telah mengadakan mesyuarat bilateral dengan pemimpin-pemimpin negara lain termasuk Perdana Menteri Britain Theresa May, Presiden Iran Hassan Rouhani dan Presiden Sri Lanka Maithripala Sirisena.

Perdana menteri juga mengadakan siri interbiu dengan Washington Post, The Wall Street Journal, TRT World, serta mesyuarat dengan antaranya, pelabur dan pengurus dana, dan Majlis Hubungan Luar Amerika  Syarikat - Bernama  



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment