Kerajaan sekarang guna taktik 'kejap-kejap terkejut'

Friday, September 28, 2018

Kerajaan sekarang guna taktik 'kejap-kejap terkejut'

Kerajaan sekarang guna taktik 'kejap-kejap terkejut'

KUALA LUMPUR - Wanita Umno memberi sindiran terhadap kerajaan berhubung taktik 'kejap-kejap terkejut' dan alasan klise 'akan dikaji' atau 'sedang dikaji' yang seringkali digunakan PH.

Ketuanya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, ia bukanlah cara untuk mentadbir kerajaan.

Katanya, sebelum pilihan raya, PH berjanji untuk melakukan pelbagai perkara, tetapi selepas mendapat kuasa dan jawatan, mereka memberikan pelbagai alasan.

"Kononnya hendak hapus cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang membebankan rakyat, tetapi kini rakyat terpaksa pula menanggung cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

"Dalam isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), dulu ada orang berdegar-degar mengatakan sangat bersimpati dengan penerima PTPTN, tetapi sesudah mendapat kuasa dan kedudukan, mereka kata; 'Tiada tanggungjawab moral kalau peminjam tak bayar PTPTN'," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar dalam Perhimpunan Agung Wanita Umno, di sini, hari ini.

Noraini berkata, walaupun manifesto 10 janji 100 hari bukanlah kitab suci, tetapi setiap janji perlu ditepati.

"Sebagai pembangkang berwibawa, kita wajib mendesak Kerajaan PH memikul tanggungjawab serta akauntabiliti terhadap setiap tindakan mereka," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut meminta supaya kerajaan hari ini berhenti menyalahkan kerajaan terdahulu dan tidak menjadi pemerintah yang 'flip-flop'.

"Kalau pandai mentadbir, secupak pun akan menjadi segantang.

"Kalau tak pandai mentadbir, bagi semula pada BN," katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment