Suruhanjaya bantu industri pemula niaga, modal teroka
KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) hari ini mencadangkan penubuhan satu suruhanjaya khusus bagi membantu pembangunan industri pemula niaga dan modal teroka.
Menterinya, Gobind Singh Deo berkata suruhanjaya itu akan berperanan menangani cabaran dihadapi industri itu serta mengemukakan penyelesaian yang boleh diangkat sebagai dasar kerajaan.
"Jika (suruhanjaya) itu dapat diwujudkan, akan ada satu pusat rujukan bagi menangani masalah yang dihadapi industri tersebut di semua peringkat,â katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucap tama pada satu dialog industri di sini, hari ini.
Mengulas selanjutnya, Gobind berkata, antara peranan lain suruhanjaya itu adalah merangka penyelesaian bagi memperkemaskan industri serta mencadangkan inisiatif yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan.
"Sudah tiba masanya untuk kita melangkaui apa yang ada pada hari ini dan mengambil langkah berani menubuhkan satu suruhanjaya untuk mengendalikan keperluan serta kebimbangan industri ini,â katanya.
Sehubungan itu, Gobind telah mempelawa peserta industri itu untuk bertemunya dalam masa dua minggu ini bagi mewujudkan satu jawatankuasa sepenuh masa untuk merangka struktur suruhanjaya itu.
"Kita perlu melibatkan industri...jika cadangan (mengenai ahli jawatankuasa) tidak dapat dibuat menjelang akhir tahun ini, adalah diharapkan ini dilakukan pada suku pertama tahun depan,â katanya.
Menurutnya, perbincangan mengenai penubuhan suruhanjaya itu turut membabitkan pelbagai agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti serta Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).
"Selepas membincangkan aspek awal, saya berpendapat adalah wajar untuk turut mendapatkan pandangan kementerian lain yang berkaitan sebelum mengambil sebarang keputusan muktamad,â katanya.
Jelas Gobind, cadangan penubuhan suruhanjaya itu juga memerlukan pembentukan rang undang-undang khusus untuk dibentangkan di Parlimen. â" Bernama
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment