Eksklusif di Club Lounge Grand Bluewave

Saturday, September 29, 2018

Eksklusif di Club Lounge Grand Bluewave

Eksklusif di Club Lounge Grand Bluewave

BAGI yang mencari tempat makan tengah hari yang menyelerakan dengan suasana mendamaikan, boleh memilih untuk ke Club Lounge Grand Bluewave Shah Alam.

Terletak di tingkat 18, Club Lounge menawarkan hidangan masakan yang inovatif di tengah-tengah suasana moden, bergaya dan elegan dengan harga bermula RM85 seorang.

Tetamu boleh memilih dari pelbagai pilihan salad segar dan makanan ringan yang tidak terhad seperti pelbagai jenis sandwich,  dan stesen makanan laut juga adalah antara pilihan  paling popular di restoran ini, di mana ia menyediakan pelbagai makanan laut terbaik dengan pelbagai jenis udang, ketam, kerang dan banyak lagi dalam senarai.

Perlu dinikmati juga hidangan seperti Tom Chinese Prawn Soup Style, diiringi oleh Roti Coklat Cheese, serta bangkitkan selera kambing bakar, Beef Wellington beserta perasa Itali, Sosis BBQ Panggang, Ikan Wellington dengan Rempah Itali serta Juicy BBQ Ribs.

Tidak ketinggalan selera tempatan turut disajikan seperti Nasi Bukhara, Udang Susu Butter, Ayam Kuzi Briyani, Masak Merah Daging, Nasi Goreng Nanas dan pelbagai lagi.

Seperti kelaziman dalam mana-mana bufet pasti ada sudut pencuci mulut, maka tetamu boleh akhiri hidangan mereka dengan pelbagai pastri yang enak seperti pelbagai puding dan  coklat.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment