Harga 1 IG Story serendah RM20 sahaja: Mawar Rashid

Sunday, September 30, 2018

Harga 1 IG Story serendah RM20 sahaja: Mawar Rashid

Harga 1 IG Story serendah RM20 sahaja: Mawar Rashid

DALAM  pada tindakan pelakon Janna Nick memperkenalkan perkhidmatan ucapan berbayar #WishServiceByJannaNick mendapat kecaman hebat dari pelbagai pihak, seorang lagi pelakon turut mengikut jejak langkah Janna dengan mengadakan perkhidmatan yang sama.

Bagaimanapun, Mawar Rashid menerusi Insta Story miliknya hanya mengenakan bayaran yang lebih rendah iaitu sebanyak RM20 untuk setiap ucapan yang dibuat.

“Hi assalamualaikum my beloved followers. Sesiapa nak Mekwa (Mawar) buat Birthday Wish Video dan dan tag di IG Story Mekwa pulak tu, jangan segan silu. I’m happy to do it for your special day!

“Harga 1 IG Story serendah RM20 sahaja Once dah bank in to that account, please DM receipt untuk Mawar ya,” tulisnya.

Buat masa ini Mawar mempunyai pengikut Instagram seramai 1.9 juta orang dan tentunya turut menerima pelbagai respons daripada mereka.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment