Tubuh pasukan petugas khas tambah baik gerak kerja
KUALA LUMPUR - Wanita Umno akan menubuhkan pasukan petugas khas untuk menambah baik gerak kerja sayap parti itu mengikut kesesuaian demografi.
Ketuanya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, penambahbaikan itu akan dibuat berdasarkan kepada konsep 'bottom-up', tanpa meninggalkan konsep sedia ada.
"Insya-ALLAH kita juga akan tambah baik cara membaca sikap. Kawasan Parlimen Parit Sulong tak semestinya sama dengan kawasan Ketereh dan lain-lain.
"Kerana itulah penambahbaikan akan kita buat," katanya.
Pada masa sama, katanya, Wanita Umno juga akan melakukan kembara ke negeri-negeri bagi membantu memantapkan gerak kerja jentera parti itu.
"Sehingga kini, dua negeri sudah dilawati dan akan menyusul ke negeri-negeri lain selepas ini," katanya ketika ucapan penggulungan dalam Perhimpunan Agung Wanita Umno Malaysia 2018 di sini, hari ini.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment