Jambatan Pulau Raya siap sepenuhnya
TANAH MERAH - Pembukaan projek Jambatan Pulau Raya di Kampung Jelatok yang menelan belanja lebih RM1 juta, di sini memberi kemudahan kepada penduduk sekitar menggantikan jambatan lama yang rosak ekoran banjir sebelum ini.
Pembinaanya yang mengambil masa dua tahun dan dilaksanakan di bawah urus tadbir Kerajaan Kelantan akhirnya dapat digunakan sepenuhnya.
Adun Bukit Panau, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, walaupun mengalami kelewatan untuk menyiapkan jambatan berkenaan ekoran banjir, namun akhirnya ia dapat disiapkan sepenuhnya tahun ini.
âDiharap jambatan ini dapat menghubungkan golongan penduduk terutama golongan masyarakat Cina di kawasan Pulau Raya dan darat dengan lebih mudah.
âSelain itu kawasan ini yang mempunyai keistimewaan tersendiri dan mampu menarik pelancong apabila turut mempunyai telaga berusia lebih 300 tahun yang juga menjadi kawasan sejarah,âkatanya.
Abdul Fattah berkata demikian selepas majlis perasmian jambatan itu yang turut dihadiri, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Utiliti, Azami Mohd Nor.
Hadir sama, Setiausaha Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) Fiesal Abdullah.
Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata, setakat ini pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan pihak exco berhubung kemajuan kawasan berkenaan yang berpotensi menjadi kawasan pelancongan.
âInsya-ALLAH kita akan buat permohonan dengan kerajaan bagi membantu mempromosikan kawasan ini yang juga dapat menambah lebih banyak lagi destinasi pelancongan di Kelantan.
âKita bukan sahaja mahu pelancong dapat merasai pengalaman tersendiri ketika berada di Pulau Raya malah dapat membawa balik cenderahati untuk diri mereka dan turut menceritakan pengalaman menarik kepada keluarga dan sahabat handai,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment