Syed Zaid dilantik Pengerusi Eksekutif SC baharu

Saturday, September 29, 2018

Syed Zaid dilantik Pengerusi Eksekutif SC baharu

Syed Zaid dilantik Pengerusi Eksekutif SC baharu

PUTRAJAYA - Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Syed Zaid Albar sebagai Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti (SC) berkuatkuasa 15 Oktober depan.

Syed Zaid berkelulusan ijazah undang-undang dari universiti di United Kingdom dan menjadi peguam di Lincoln̢۪s Inn, London dalam tahun 1979.

Setahun kemudian, beliau menjadi peguam di Mahkamah Tinggi Malaya dan mempunyai pengalaman lebih 38 tahun di dalam bidang perundangan.

Beliau pernah berkhidmat di Skrine & Co dan telah menubuhkan syarikat perundangan sendiri iaitu Albar & Partners.

Beliau juga pernah menjadi Ahli Panel Inkuiri Dana Pampasan dan Ahli Jawatankuasa Rayuan di Bursa Malaysia Berhad serta menjadi Ahli Jawatankuasa Kajian Undang-undang Kewangan Islam di Bank Negara Malaysia.

Kemahirannya merentas pelbagai sektor seperti undang-undang korporat, pasaran modal, sukuk, perbankan Islam dan konvensional.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment