Zuraida harap pemilihan PKR di Johor berjalan baik
PETALING JAYA: Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin berharap proses pemilihan PKR di Johor yang berlangsung hari ini berjalan lancar tanpa sebarang kekecohan.
Jelasnya, beliau tidak mahu kekalutan disebabkan masalah melibatkan sistem e-voting di Pulau Pinang dan Kedah baru-baru ini berulang.
"Selepas apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Kedah, kita sudah minta Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) memperkemas dan memantapkan lagi pengurusan mereka dalam e-voting. Mereka telah berjanji untuk membuat demikian jadi saya harap ia dilaksanakan dengan baik," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Program Mendaya Komuniti di PPR Lembah Subang 2 di sini hari ini.
Ia melibatkan 24 cabang tempat mengundi bermula 10 pagi iaitu cabang Segamat, Sekijang, Labis, Pagoh, Ledang, Bakri, Muar, Parit Sulong, Ayer Hitam, Sri Gading, Batu Pahat, Simpang Renggam, Kluang, Sembrong, Tenggara, Kota Tinggi, Pengerang, Tebrau, Pasir Gudang, Johor Bahru, Pulai, Gelang Patah, Kulai dan Pontian.
Proses menggunakan sistem undian secara e-voting itu berlangsung sehingga jam 5 petang.
Sementara itu, Program Mendaya Komuniti yang dilancarkan hari ini adalah antara projek rintis di bawah Dasar Komuniti Negara.
sumber: astroawani

Proses pemilihan PKR di Johor menyaksikan 38,684 anggota parti layak mengundi, bagi memilih kepimpinan di peringkat pusat dan cabang di negeri ini.
Ia melibatkan 24 cabang tempat mengundi bermula 10 pagi iaitu cabang Segamat, Sekijang, Labis, Pagoh, Ledang, Bakri, Muar, Parit Sulong, Ayer Hitam, Sri Gading, Batu Pahat, Simpang Renggam, Kluang, Sembrong, Tenggara, Kota Tinggi, Pengerang, Tebrau, Pasir Gudang, Johor Bahru, Pulai, Gelang Patah, Kulai dan Pontian.
Proses menggunakan sistem undian secara e-voting itu berlangsung sehingga jam 5 petang.
Sementara itu, Program Mendaya Komuniti yang dilancarkan hari ini adalah antara projek rintis di bawah Dasar Komuniti Negara.
sumber: astroawani
0 comments:
Post a Comment