Lapan calon hantar borang bertanding PRK Port Dickson

Friday, September 28, 2018

Lapan calon hantar borang bertanding PRK Port Dickson


Anwar lambai
ANWAR Ibrahim (dua dari kanan) melambai ketika proses penamaan calon bagi PRK Port Dickson hari ini. - UTUSAN ONLINE/ASWAD YAHYA

Mereka ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; calon Pas, Mohd. Nazari Mokhtar dan bekas Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang bertanding sebagai calon Bebas.

Lapan calon serah borang
MOHD. ISA ABDUL SAMAD menunjukkan isyarat bagus semasa menghantar borang pencalonan PRK Parlimen Port Dickson di dewan Majlis Perbandaran Port Dickson pagi tadi. - UTUSAN ONLINE/ASWAD YAHYA

Turut berbuat demikian ialah bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, selain Stevie Chan Keng Leong, Lau Seck Yan, Kan Chee Yuen dan A. Rajendra.

Pegawai Pengurus PRK Port Dickson, Khairy Maamor mengumumkan pusat penamaan itu ditutup pukul 10 pagi untuk sebarang bantahan. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment