APM sedia hadapi musim tengkujuh
JOHOR BAHRU - Seramai 8,320 anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan 841 aset bersedia untuk digerakkan bagi menghadapi musim tengkujuh yang dijangka bermula November hingga Mac tahun depan.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasinya Roslan Wahab berkata, kesemua anggota dan aset tersebut diletakkan dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk banjir.
Katanya, antara persediaan yang telah dilakukan pihaknya ialah latihan pengurusan banjir dan kursus pusat pemindahan.
"Kekuatan anggota dibahagikan kepada lima zon iaitu Utara, Tengah, Selatan, Pantai Timur serta Sabah dan Sarawak di mana anggota akan digerakkan seawal tempoh empat jam pertama apabila berlaku bencana,â katanya kepada pemberita selepas taklimat persiapan APM menghadapi monsun timur laut, lewat petang tadi.
Bagaimanapun, beliau berkata aset akan digerakkan ke negeri berhampiran sekiranya berlaku bencana besar yang memerlukan kekuatan anggota dan aset tambahan.
Roslan berkata, APM juga mengenalpasti beberapa kawasan berpotensi dinaiki air membabitkan tiga negeri.
"Berdasarkan kejadian banjir pada 2014, negeri-negeri yang berpotensi terjejas banjir adalah di Pantai Timur iaitu Kelantan, Pahang dan Terengganu.
"Penempatan yang mungkin terjejas kita sasarkan di kawasan lembah sungai dan pantai.
"Tiga negeri ini juga mempunyai lebih banyak aset kita seperti lori dan bot, bagaimanapun di negeri lain kita tetap berwaspada dan yakin kita memiliki aset yang mencukupi,â katanya.
Sejak kejadian banjir itu juga, berlaku peningkatan anggota sebanyak 15 peratus manakala aset meningkat sebanjak 30 peratus. - Bernama
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment