Annabelle pun sakit gigi rupanya...

Saturday, September 29, 2018

Annabelle pun sakit gigi rupanya...

Annabelle pun sakit gigi rupanya...

BEBERAPA keping gambar seorang kanak-kanak lelaki memakai kostum daripada filem seram Annabelle yang sedang dirawat di sebuah klinik gigi tular di media sosial, semalam.

Menerusi kapsyen gambar tersebut, kanak-kanak itu dikatakan memakai kostum Annabelle sempena parti kostum.

Namun, hal tidak dijangka berlaku di mana dia mengalami sakit gigi dan terpaksa di hantar ke klinik.

Paling lucu, doktor yang merawat kanak-kanak itu tidak dapat menahan ketawa dek kerana penampilannya.

Dalam gambar berkenaan juga dapat dilihat mimik wajah kanak-kanak itu yang masam, ditambah pula dengan solekan di wajahnya yang mampu mengundang tawa.

Berpakaian lengkap dengan rambut palsu bertocang dua, gaun putih, sarung kaki panjang berwarna putih serta kasut merah, gaya kanak-kanak itu kelihatan saling tak tumpah seperti watak Annabelle sebenar.

Gambar yang dikongsi Viral Media Johor itu mendapat 2,300 tontonan dan 477 komen.

Di ruangan komen, rata-rata pengguna memberi emoticon gelak dan ada juga yang mengatakan kanak-kanak itu comel meskipun bermuka masam.

Malah ada juga yang mengganggap kanak-kanak itu Annabelle versi ganas.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment