Pas terbuka cadangan gagasan baharu pembangkang

Saturday, September 29, 2018

Pas terbuka cadangan gagasan baharu pembangkang

Pas terbuka cadangan gagasan baharu pembangkang

KUALA LUMPUR - Pemuda Pas memberi respons positif  terhadap cadangan Pemuda Umno agar gagasan baharu dibentuk melibatkan blok pembangkang.

Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, parti itu sedia memberi kerjasama jika cadangan itu memberi kebaikan kepada agama, bangsa dan negara.

"Pas adalah parti yang terbuka. Politik adalah satu perkara yang fleksibel, jadi apa-apa kemungkinan boleh berlaku.

"Bagi Pas, dasar dan hala tuju kita adalah bekerjasama dan tolong-menolong. Dalam konteks sekarang ini, parti pembangkang perlu diperkukuhkan dalam mendepani kerajaan PH," katanya kepada media selepas menghadiri Perhimpunan Agung Pemuda Umno 2018, di sini, hari ini.

Terdahulu, dalam ucapannya, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mencadangkan gagasan politik baharu melangkaui gabungan BN diusahakan segera.

Bagaimanapun, Muhammad Khalil berkata, Pas perlu menunggu langkah Umno seterusnya sebelum menentukan hala tuju gagasan itu.

"Kita tak tahu lagi bentuk gagasan atau task force ini macam mana, kita tunggu pergerakan Umno dulu," katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Khalil menyifatkan kehadiran Pemuda Pas ke Perhimpunan Agung Pemuda Umno 2018 membuktikan kerjasama pakatan pembangkang perlu diperkukuhkan.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment