Akta Prosiding Kerajaan 1956 perlu dipinda

Saturday, September 29, 2018

Akta Prosiding Kerajaan 1956 perlu dipinda


Menterinya, Gobind Singh Deo (gambar) berkata, kerajaan harus mempertimbangkan untuk meminda Akta Prosiding Kerajaan 1956 yang menjadi rujukan Mahkamah Persekutuan bagi mencapai keputusan tersebut.

“Saya berpendapat bahawa kerajaan harus mempertimbangkan untuk meminda akta ini bagi membatalkan atau menyekat hak kerajaan untuk memfailkan tindakan saman fitnah ke atas warganya.

“Oleh itu, saya menyokong saranan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hanipa Maidin untuk mewujudkan sebuah jawatankuasa bagi mengkaji penghakiman Mahkamah Persekutuan de­ngan terperinci dan kemudiannya mencadangkan pindaan tersebut kepada jemaah Menteri,” katanya dalam satu ke­nyataan di sini hari ini.

Kelmarin, Hanipa berpendapat kerajaan tidak patut diberikan hak untuk menyaman fitnah berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan Rabu lalu bahawa Kerajaan Persekutuan dan negeri boleh memfailkan saman fitnah terhadap individu.

Keputusan itu dibuat panel lima hakim yang diketuai Pre­siden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Ahmad Ma’arop yang menolak permohonan Ahli Parlimen Kuching, Chong Chieng Jen dalam kesnya dengan kerajaan Sarawak.



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment