Muzium tentera darat di Port Dickson terbakar

Friday, September 28, 2018

Muzium tentera darat di Port Dickson terbakar

Muzium tentera darat di Port Dickson terbakar

PORT DICKSON - Sebuah galeri pameran di Muzium Tentera Darat dekat sini terbakar 50 peratus, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata dalam kejadian pukul 8.25 pagi itu, kebakaran melibatkan tingkat bawah galeri tersebut.

“Pihak bomba mengambil masa 10 minit untuk memadamkan kebakaran itu dengan kekuatan seorang pegawai dan 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Teluk Kemang dan BBDP Seremban 2.

“Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Beliau berkata tiada mangsa yang terlibat dalam kebakaran itu kerana ketika kejadian galeri belum dibuka kepada orang awam. - Bernama.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment