Cara calon Bebas turun kempen di PRK PD..

Saturday, September 29, 2018

Cara calon Bebas turun kempen di PRK PD..

Cara calon Bebas turun kempen di PRK PD..

PORT DICKSON - Bagi memastikan perjalanan kempennya berjalan lancar, calon Bebas PRK Parlimen Port Dickson, Chan Keng Leong atau lebih dikenali dengan nama Stevie akan memakai kasut yang paling selesa.

Menurutnya, ini kerana beliau akan lebih banyak berjalan untuk bertemu dengan seberapa ramai pengundi.

"Semua pasukan saya diminta memakai kasut yang paling selesa dalam setiap program turun padang diadakan.

"Ini kerana kita tiada banyak wang untuk buat program seperti ceramah umum melainkan turun dari satu tempat ke tempat berjumpa dengan pengundi," katanya ketika ditemui berjumpa dengan pengundi di sebuah restoran berhampiran Pasar Besar Port Dickson di sini, hari ini.

Selain itu beliau turut menggunakan media sosial untuk berkempen kerana lebih mudah dan tidak memerlukan kos.

Katanya, beliau juga akan berkempen secara sihat tanpa menyerang peribadi calon-calon lain serta tidak akan melayan kritikan negatif netizen terhadap dirinya.

"Itu garis paduan pasukan saya, kami tak mahu ada unsur negatif dalam berkempen.

"PRK ini telah ubah saya menjadi orang sabar dan lebih positif. Sejak buat keputusan untuk bertanding, saya dah bersedia dari segi mental dan fizikal," katanya.

Ditanya fokus utamanya jika dipilih pengundi, beliau akan menghidupkan semula Pesta PD yang pernah menjadi sebutan ramai suatu ketika dahulu, tetapi kini tenggelam dek kerana permainan politik.

Beliau yang tinggal di Segambut, Kuala Lumpur turut bersedia untuk berpindah ke Port Dickson sekiranya menang dalam pilihan raya berkenaan bagi memberi sepenuhnya khidmat untuk rakyat.

ends.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment