Umno tiada aset berbilion ringgit
KUALA LUMPUR - Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan parti itu memiliki aset berbilion ringgit.
Katanya, Umno akan mengumpul maklumat berhubung perkara itu dan mendedahkan secara telus.
"Orang beri bayangan seolah-olah kita ada aset berbilion ringgit tetapi apabila saya lihat laporan ketua pegawai eksekutif dan pemegang saham Umno, saya lihat harta kita tak sebanyak itu," katanya ketika berucap dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno, hari ini.
Sebelum ini, veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa, parti itu memiliki aset bernilai bilion jika dikumpulkan dan dimanfaatkan oleh parti.
Menurutnya, kebanyakan aset berkenaan dipercayai didaftarkan atas nama pemegang amanah yang dilantik parti.
[ARTIKEL BERKAITAN: Umno miliki aset bernilai bilion: Ku Li]
Mengulas perkara tersebut, Ahmad Zahid berkata, aset Umno daripada penama perlu dikembalikan segera kepada parti.
"Pengembalian aset ini akan dibawa kepada Jawatankuasa Pengurusan Umno dan dibentang secara telus kepada ahli Majlis Tertinggi.
"Ada dalam kalangan penama ini yang presiden terdahulu letak kepercayaan bagi pihak Umno.
"Apabila disiasat aset itu atas nama mereka. Kita tak nak orang yang tak amanah," katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment