Fasiliti angkat berat Sanglang masih kurang
JERLUN - Pusat Latihan Angkat Berat Sanglang masih kekurangan kelengkapan latihan bagi melahirkan lebih ramai atlet angkat berat berpontensi buat Kedah dan Malaysia.
Jurulatihnya, Mohamad Osman berkata, walaupun dalam serba kekurangan, atlet angkat beratnya, Siti Barirah Azhari masih mampu mebuat kejutan dengan meraih dua pingat pada Sukma Perak 2018 baru-baru ini
Beliau yang juga datuk kepada Siti Barirah berharap kejayaan itu akan membuka mata pihak berkaitan untuk terus membantu sembilan atlet lelaki dan enam atlet perempuan yang sedang menjalani latihan di pusat angkat berat tersebut.
"Kami masih lagi mengharapkan perhatian dalam meningkatkan lagi pontensi semua atlet terutamanya Siti Barirah.
"Apa yang dicapai oleh Siti Barirah di Sukma baru-baru ini adalah sebagai permulaan dan banyak lagi kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang perlu ditempuhinya selepas ini," katanya kepada Sukan Sinar.
Mohamad berkata, Siti Barirah mencuri perhatian apabila mula melakukan penampilan di Sukma Sarawak 2016 pada usia 12 tahun.
Jelasnya, semua atlet pembangunan perlu menyertai kejohanan pada usia muda untuk mendapatkan pendedahan selain memberikan motivasi bersaing dengan atlet yang lebih berpengalaman.
Mohamad yang juga pengasas Pusat Latihan Angkat Berat Sanglang, berkata, latihan diadakan di pekarangan rumahnya di Kampung Sanglang menempatkan semua peralatan terpakai yang dipinjam dari Majlis Sukan Negeri (MSN) Kedah pada 2014.
Pada Disember 2017, Sukan Sinar pernah melaporkan masalah ini apabila mereka tetap mengharungi risiko berlatih pada setiap hari demi cita-cita untuk bergelar atlet angkat berat yang berjaya
[ARTIKEL BERKAITAN: Berhadapan risiko julang besi 100 kilogram]
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment