Luahan Bella Dally sempena sambutan hari jadi

Friday, September 28, 2018

Luahan Bella Dally sempena sambutan hari jadi

Luahan Bella Dally sempena sambutan hari jadi

PELAKON Bella Dally menerusi laman Instgramnya berkongsi sambutan hari jadinya yang ke-27, menerusi laman Instgramnya pada Khamis.

Foto yang memperlihatkan Bella seolah-olah sendirian menatap kek hari jadinya itu menarik perhatian para peminat dan pengikutnya. Apatah lagi foto tersebut disertakan dengan kapsyen yang cukup menyentuh hati.

“This year I’ve learned to let go, to accept myself and those around me, be loving to myself and others, understanding why things happened the way it did.

“Respecting myself, be kinder, softer, stronger, clearer, braver, grateful, honest and happier. I feel like I’ve come a long way, and I’m grateful for this journey,” tulisnya penuh makna.

Dalam perkongsian yang sama, pelakon Cinta 11 Syarat ini juga merakamkan terima kasihnya buat peminat dan kenalannya yang memberikan ucapan hari jadi buatnya. Malah kata Bella, dia terasa dirinya disayangi semua.

“Thank you so much everyone for all the lovely wishes and birthday treats! Rasa disayangi sangat, Alhamdulillah. May Allah bless all of you who had made my day. Love all of you,” luah Bella.

Bella kini hidup sendiri selepas   bercerai dengan pelakon Nazim Othman  beberapa bulan lalu . Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada September 2016.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment