Sebagai pembangkang jelasnya, gabungan itu adalah untuk kebaikan rakyat terutama dalam aspek kebajikan.
Namun ujar beliau, sekiranya UMNO tidak bersetuju dengan Pas dalam sesetengah perkara, maka parti akan tetap dengan pendirian itu.
“Perkara (gabungan) ini perlu (dalam blok pembangkang), kerana kita perlu menjadi pemantau kepada kerajaan.
“Kerajaan tidak akan melihat semua isu rakyat jadi itu tugas kita sebagai pembangkang,” katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Dalam pada itu Mohamad Hasan berkata, beliau tidak mempunyai masalah dengan kewujudan ‘warlord’ atau panglima politik yang baik hati dan boleh memenangi hati rakyat.
“Dia (Pandikar) kata ada satu, dua warlord, kalau boleh menang ada warlord yang baik kenapa tidak?,” katanya.
Terdahulu semasa sesi perbahasan bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata warlord adalah nama yang diberikan kepada veteran parti namun istilah itu mempunyai konotasi negatif. - UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment