Wanita gagal bunuh diri, tersangkut dalam lumpur

Sunday, September 30, 2018

Wanita gagal bunuh diri, tersangkut dalam lumpur


Kejadian berlaku di Pasir Panjang Luat di sini hari ini dan wanita berkenaan berjaya diselamatkan oleh anggota bomba.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Manjung, Husni Syawal Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 12.57 tengah hari.

Menurutnya, cubaan mangsa yang berusia lingkungan 30-an itu untuk bunuh diri gagal kerana tersangkut dalam lumpur.

“Anggota bomba menggunakan papan dan menggelongsor di atas papan untuk menyelamatkan mangsa kerana lumpur sehingga paras pinggang.

“Mangsa berjaya diselamatkan sejam kemudian dan dibawa ke tempat yang selamat,” katanya.

Menurutnya, punca kejadian masih belum diketahui dan wanita tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment