Ketatkan pengendalian operasi pusat tahfiz
KUANTAN - Kerajaan perlu mengkaji semula serta memperketatkan garis panduan menyelia dan mengendali pusat tahfiz di seluruh negara bagi memastikan pelajar tidak mengalami gangguan seksual
Ketua Pemuda Amanah Rompin, Mohamad Burhanudin Mohamed sebagai sebuah institusi yang meletakkan Islam sebagai kandungan kurikulum, pusat tahfiz perlu memastikan tiada lagi isu jenayah seksual yang berlaku terutama dari kalangan tenaga pengajar.
Menurutnya, perkara terkutuk ini tidak sepatutnya boleh berlaku memandangkan mereka tenaga pengajar yang cukup dipandang tinggi.
âMereka sepatutnya mendidik anak murid supaya menjauhi perbuatan hina ini, bukan mereka pula yang melakukannya.
âPersepsi masyarakat luar terhadap keindahan Islam akan hancur bilamana berlaku perkara terlarang begini.
âKeindahan Islam yang dilaungkan tidak lagi di anggap mulia di mata masyarakat sekiranya individu yang bertanggungjawab mengajar ilmu-ilmu agama sendiri melanggar peraturan yang di tetapkan ALLAH,â katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini, semalam.
Mohamad Burhanudin berkata perkara yang terjadi ini memalukan dan menyedihkan kerana kes ini bukan dianggap asing kerana sudah banyak kes seperti ini dilaporkan.
Menurutnya, mungkin banyak lagi kes namun ibu bapa mengambil tindakan berdiam diri untuk menutup aib keluarga mereka.
âAmat wajar pihak berkuasa bertindak cepat dalam isu ini, supaya persepsi buruk masyarakat terhadap institusi keagamaan tidak terus merebak dan maruah agama Islam dapat dipertahankan,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment