YB baharu perlu sabar sebagai pembangkang

Saturday, September 29, 2018

YB baharu perlu sabar sebagai pembangkang

YB baharu perlu sabar sebagai pembangkang

KUALA LUMPUR - Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa wakil rakyat terutamanya yang pertama kali memenangi kerusi Parlimen dan Dun BN sebagai pembangkang agar bersabar.

“Inilah takdirNYA. Kita insaf dan reda dengan ketentuan ALLAH SWT.

“Janganlah bersedih, sesungguhnya ALLAH bersama kita,” katanya ketika ucapan perasmian Perhimpunan Agung Umno 2018 sebentar tadi.

Perhimpunan kali ini dihadiri seramai 2,724 perwakilan dari 191 bahagian seluruh negara.

Katanya, Umno memohon maaf kepada mereka yang telah meletakkan harapan dan keyakinan yang begitu tinggi kepada parti dan BN untuk terus memimpin dan mentadbir negara pada PRU14 yang lalu.

“Umno mengambil pengajaran dan beriltizam untuk mengembalikan semula keyakinan dan menjadikan harapan ini suatu kenyataan.

“Sejak sekian lama, Umno diibaratkan seperti pokok rendang. Mempunyai akar tunjang kuat, dahan kukuh dan mengeluarkan buah-buahan yang lazat. Ia juga menjadi tempat rakyat berteduh sejak 72 tahun yang lalu,” tambahnya.

Ahmad Zahid berkata, dalam pada itu ada pihak yang cemburu dan iri hati dengan Umno dan sentiasa berusaha menumbangkan mereka.

“Mereka lakukan sedikit demi sedikit. Walaupun tidak rebah, pokok ini telah condong pada tanggal 9 Mei yang lalu,” katanya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, ‘perang saraf dan gerak saraf’ pihak lawan yang berterusan, penilaian negatif rakyat terhadap Umno dan BN menghancurkan segala-galanya pada PRU14 lalu.

“Serangan berterusan (PH) berjaya mempengaruhi rakyat. Lawan kita melakukannya menerusi pembohongan dan penipuan secara berterusan, melalui penyebaran fitnah dan penyaluran maklumat separuh benar.

“Inilah kepakaran mereka. Tidak aneh, inilah yang mereka lakukan sehingga kini, walaupun mereka telah membentuk kerajaan,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment