Port Dickson: Ketika calon lain agresif memulakan âperangâ kempen semalam, lain pula bagi calon Bebas, Kan Chee Yuen, yang belum memasuki âgear satuâ.
Chee Yuen, 45, yang menggunakan lambang pen, berasa tidak perlu untuknya berkempen terlalu awal sebaliknya memberi laluan calon lain memulakan kempen.
âBiar âabang besarâ (Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Mohd Isa Samad) yang berkempen. Bagi calon Bebas seperti saya, tidak perlulah nak jerit-jerit tepi jalan.
âSaya lebih selesa menggunakan pendekatan bersemuka dengan pengundi untuk memperkenalkan diri. Selain itu, saya juga memerlukan media untuk menguar-uarkan manifesto saya,â katanya ketika dihubungi, di sini.
Chee Yuen kini mengatur strategi bersama jentera sebelum memulakan kempen pada Khamis ini.
sumber: hmetro
0 comments:
Post a Comment