Harga kain terlajak murah tarikan PAU 2018

Saturday, September 29, 2018

Harga kain terlajak murah tarikan PAU 2018

Harga kain terlajak murah tarikan PAU 2018

KUALA LUMPUR - Tawaran harga yang rendah menjadi tarikan di pelbagai reruai sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Lebih-lebih lagi melibatkan harga pakaian malah ada yang ditawarkan sehingga RM100 bagi enam pasang kain.

Perwakilan Umno dari Kota Raja, Nazifah Maarof berkata harga yang ditawarkan amat berbaloi jika dibandingkan di luar.

“Tahun ini kami menjadi perwakilan jadi selepas persidangan tamat, kami ambil kesempatan membeli belah.

Perwakilan Umno mengambil kesempatan menyerbu reruai yang menawarkan kain pasang dengan harga rendah.

“Memang menarik kedai-kedai di sini malah harga pun berbaloi. Macam kedai kain ini enam pasang RM100. Jadi saya ambil peluang beli kain untuk AJK Wanita Kota Raja,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui, hari ini.

Seorang lagi perwakilan Kota Raja, Salina Mohd Ali berkata waktu terluang digunakan untuk pergi ke setiap kedai yang terdapat di PWTC.

“Rasanya semua kedai dah pusing. Kedai jual kain memang murah-murah di sini,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati rata-rata kedai menjual tekstil menawarkan harga yang rendah termasuk kain pasang, tudung, telekung, jubah.

Keadaan sesak apabila persidangan Wanita dan Puteri Umno tamat petang tadi di mana perwakilan mengambil kesempatan membeli belah.
 

 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment