Lelaki tanam implan dan tatu wajah seperti badut

Friday, September 28, 2018

Lelaki tanam implan dan tatu wajah seperti badut

Lelaki tanam implan dan tatu wajah seperti badut

CALIFORNIA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki hilang pertimbangan apabila sanggup mencacah wajahnya dengan tatu semata-mata mahu kelihatan seperti badut.

Richie Esposito turut menanam implan pada wajahnya dan berkata dia tidak menyesal dengan perbuatannya.

"Saya memang obses dengan badut. Sekarang saya telah merealisasikan impian zaman kanak-kanak saya," katanya.

Esposito yang bekerja sebagai tukang gunting bagi menyara kehidupan keluarganya juga berkata, dia sering melakukan aksi lawak di hadapan pelanggannya.

"Ada yang suka, ada juga yang suruh saya diam dan berhenti. Apa pun, inilah personaliti saya.

"Saya suka bergurau, jadi saya memang layak jadi badut," katanya. - Agensi



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment