Wanita cadang laksana bai'ah pada semua ahli Umno

Friday, September 28, 2018

Wanita cadang laksana bai'ah pada semua ahli Umno

Wanita cadang laksana bai'ah pada semua ahli Umno

KUALA LUMPUR - Wanita Umno mencadangkan agar Aku Janji Taat Setia (baiĆ¢€™ah) Umno dilaksanakan ke atas semua ahli bagi membuktikan ketaatan dan kesetiaan kepada parti.

Ketuanya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, ia bertujuan membendung ahli mengkhianati parti.

Selain itu, katanya Wanita juga menggesa agar satu reformasi terpimpin terhadap perlembagaan parti dibuat untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana ahlinya, terutama wakil rakyat keluar parti secara semberono.

"Ini kerana ia melibatkan soal kesetiaan dan integriti, malah pengkhianatan besar terhadap mandat rakyat," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar dalam Perhimpunan Agung Wanita Umno, di sini, hari ini.

Noraini berkata, Wanita Umno turut mendesak supaya parti mengambil tindakan terhadap mana-mana wakil rakyat yang menang di atas tiket Umno dan BN.

"Mereka perlu memulangkan semula kerusi kepada kita sekiranya mereka bertindak keluar parti.

"Walaupun ia bukanlah satu kesalahan dari segi undang-undang sivil, namun tindakan wakil rakyat yang melompat parti telah melanggar kontrak sosial. Mereka telah menghancurkan kepercayaan parti dan mengkhianati amanah pengundi," katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment