Tsunami Palu: Angka korban mencecah 832 orang - BNPB

Sunday, September 30, 2018

Tsunami Palu: Angka korban mencecah 832 orang - BNPB


KUALA LUMPUR : Sekurang-kurangnya 832 mangsa dilaporkan terkorban susulan bencana berganda, gempa bumi dan tsunami yang melanda Kota Palu dan Donggala, Sulawesi, menurut Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Indonesia.

Pihak berkuasa memaklumkan, angka korban dijangka terus meningkat disebabkan ramai mangsa terperangkap di bawah runtuhan.

Kerja-kerja pembersihan juga sedang giat dijalankan di daerah itu.
BACA: Pengorbanan Agung jadi inspirasi dunia

Tiga kawasan terkena tempias tsunami dan gempa bumi berukuran 7.5 magnitud pada Jumaat itu termasuk Donggala dan Mamuju dengan Palu paling teruk terjejas.

Sejumlah 350 ribu penduduk juga dilaporkan hilang tempat tinggal.

Presiden Indonesia, Joko Widodo juga dalam perjalanan ke kawasan bencana bagi melawat mangsa.








sumber: astroawani

0 comments:

Post a Comment