Kerajaan Perlis minta penjelasan projek tidak siap
KANGAR â" Pihak yang terbabit dengan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Bintong dan Tebing Tinggi dekat sini akan dipanggil memberi penjelasan punca projek itu tidak dapat disiapkan.
Timbalan Menteri Kerja Raya Mohd Anuar Mohd Tahir berkata projek yang menelan kos beratus-ratus juta itu sepatutnya siap awal tahun ini selepas beberapa kali diberi lanjutan tempoh.
âKelewatan ini mesti bersebab. Satu daripadanya kerana ia tidak dilaksanakan dengan baik.
"Saya bersimpati dengan penduduk di sini kerana terpaksa menghadapi banjir setiap kali musim hujan," katanya kepada pemberita selepas meninjau projek itu di Tebing Tinggi di sini, hari ini.
Projek RTB itu dibahagikan kepada beberapa pakej sejak dilaksanakan pada 2012 menelan kos lebih RM500 juta termasuk menaikkan tebing Empangan Timah Tasoh dan pembinaan terowong bagi mengalirkan air dari Tebing Tinggi ke laut tetapi terbengkalai setelah hampir 90 peratus siap.
Mohd Anuar berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis dalam masa terdekat bagi mengetahui masalah projek itu tidak dapat disiapkan sepenuhnya.
"Saya tidak cukup maklumat mengenai kedudukan projek ini dan tidak tahu siapa yang harus dipertanggungjawabkan namun kita akan meneliti perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya," kata Mohd Anuar.
Bekas anggota Parlimen Kangar sebelum PRU14, Shaharuddin Ismail yang turut hadir berkata projek itu dilaksanakan dalam beberapa pakej dan sepatutnya siap tahun ini.
Projek itu dijadualkan siap pada November 2017 setelah kontraktor diberi lanjutan tempoh.
Mohd Anuar yang juga Setiausaha Agung Parti Amanah Negara kemudian merasmikan Pusat Gerakan parti itu bagi kawasan Dun Bintong di Jalan Raja Syed Safi di Bintong. - Bernama
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment