CALON Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Saiful Bukhari Azlan, sempat berkongsi detik hadir ke pusat penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson, semalam, dengan hanya menaiki âkapcaiâ.
Pengalaman itu dikongsi menerusi akaun Facebook rasminya, Saiful Bukhari Azlan, yang dipercayai diambil secara swafoto dengan disertakan keterangan gambar ringkas.
âCalon xda (tak ada) duit, jentera. Merempit je gi (pergi) tempat pencalonan. Alhamdulillah selamat sampai. Mohon doa pencalonan saya diterima," katanya menerusi status yang dimuat naik semalam.
Saiful Bukhari adalah antara enam calon yang bertanding sebagai berdepan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi kerusi Parlimen Port Dickson yang menyaksikan pertandingan tujuh penjuru.
Sementara itu, menerusi Fan Page Nang Surya Studios yang menjadi platform rasmi perkembangan terkini dan kenyataan medianya, Saiful Bukhari berterima kasih kepada semua penyokongnya.
âTerima kasih atas doa semua. Saya memilih simbol kunci dan mendapat Nombor Calon 3. Semoga kempen di PRK Port Dickson ini dapat dipraktikkan dengan matang, profesional dan dalam suasana harmoni.
âSekarang, bermulalah tempoh kempen dan saya dengan sedaya upaya akan mendekati segenap lapisan pengundi, ketua-ketua masyarakat, komuniti tentera, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu.
âSaya akan memperkenalkan diri dan menerangkan komitmen saya kepada penduduk Port Dickson, mendalami dan mengenal pasti masalah rakyat,â katanya.
sumber: hmetro
0 comments:
Post a Comment