Mangsa culik warga India berjaya diselamatkan
JOHOR BAHRU - Polis menyelamatkan seorang lelaki warga India yang diculik dan dikurung dalam bilik di rumah tumpangan dekat Tampoi kurang 24 jam menerima maklumat tentang kejadian kes berkenaan dan menahan tiga suspek warga Pakistan, petang semalam.
Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa yang berusia 28 tahun ditemui dalam dalam keadaan berikat dan dikawal tiga suspek lelaki tersebut.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, pihaknya mendapat maklumat penculikan berhubung kejadian itu daripada Pejabat Kedutaan India yang disalurkan kepada Ketua Unit Perlindungan Antarabangsa, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur setelah menerima tuntutan wang tebusan daripada penculik.
âMangsa dilaporkan diculik sekumpulan lelaki yang meminta wang tebusan RM200,000 untuk pembebasan jika tidak diancam bunuh.
âRakan mangsa, seorang lelaki warga India juga membuat satu laporan polis di Shah Alam pada jam 12.49 tengah malam semalam,â katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Beliau berkata, mangsa berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan serius dialami, namun dihantar ke hospital untuk rawatan dan pemeriksaan.
âTiga suspek yang berusia antara 26 hingga 29 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961.
âMangsa dihantar ke hospital untuk rawatan dan pemeriksaan.
âPihak Kedutaan India akan dimaklumkan tentang kejayaan pantas kita menyelamatkan seorang warganegaranya yang menjadi mangsa penculikan dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas maklumat diterima,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment