Hael Husaini Jelaskan Sebab Happy Polla Dalam MV Hajat
Baru saja dilancarkan, muzik video terbaru Hael Husaini, Hajat menjadi perhatian ramai lebih-lebih lagi apa yang dibawakan kali ini memang cukup berbeza dari kebiasaan dengan menampilkan bintang Thailand, Happy Polla.
Bagaimanapun, ada cerita yang tidak sedap didengar apabila ada segelintir netizen mengatakan muzik video menimbulkan isu LGBT yang kini menjadi bualan hangat di Malaysia.
BACA:Â Klip Video Hajat Oleh Hael Husaini Timbulkan Isu LGBT?
Namun, Hael menjelaskan dia dan pihak pengurusan mahukan seseorang yang mampu menarik perhatian ramai untuk muncul dalam muzik video itu dan memandang pemilihan tersebut pada sudut profesional.
“Berkaitan Happy Polla, saya bincang dengan pihak pengurusan dan mahukan seseorang ada unsur ‘humor’ dan ada tarikan yang tersendiri. Maka disitulah munculnya watak dia dalam MV saya. Saya memandang dari sudut profesional dan jika dengan kewujudan Happy Polla boleh menjadi tarikan dalam MV saya, okaylah,” katanya kepada Media Hiburan.
Hael menjelaskan, dia tahu bahawa ramai pihak tidak menyenangi perkara itu, namun baginya terpulang kepada penonton untuk menilai dari sudut positif atau pun negatif.
“Memang orang tak suka dan pandang negatif perkara ini tapi kadang-kadang apa kita buat pun tak semestinya semua orang suka. Malah kalau kita buat perkara kebaikan pun akan ada orang yang kata kita menunjuk.
“Jadi pada saya, benda akan jadi negatif kalau orang pandang ia dari sudur negatif, tapi kalau sebaliknya maka positiflah. Maka ia terpulang pada orang yang menonton nak pandang dari sudut mana,” katanya.
Selain Happy Polla, muzik video Hajat itu turut menampilkan pelakon Sherryy Al-Hadad dan Dottie. Baru empat hari, muzik video tersebut sudah mendapat tontonan lebih 1 juta kali tontonan di YouTube.
sumber: rotikaya
0 comments:
Post a Comment