Penyerang Pahang dapat jahitan diserang dua lelaki
KUALA BESUT - Penyerang pasukan bola sepak Pahang, Patrick dos Santos Cruz, 23, menerima jahitan di kepala selepas didakwa diserang dua lelaki ketika bercuti bersama keluarga di Pulau Perhentian, di sini, awal pagi semalam.
Adiknya, 25 tahun juga dikatakan turut mengalami kecederaan dalam kejadian dikatakan berlaku sekitar jam 4 pagi di Pasir Panjang (Long Beach) Pulau Perhentian Kecil.
Menurut sumber, pemain import berasal Brazil itu dikatakan sedang bersantai bersama adiknya di sebuah café di kawasan yang sering menjadi tumpuan pelancong asing sebelum dipercayai berlaku pertengkaran dengan dua lelaki yang merupakan penduduk pulau itu.
Katanya lagi, dua suspek lelaki yang berusia 31 tahun itu bertindak memukul dua beradik terbabit dipercayai menggunakan senjata tumpul disyaki kayu.
âKejadian itu dikatakan menyebabkan Patrick Cruz mengalami luka sepanjang kira-kira tujuh sentimeter di bahagian kepala sementara adiknya cedera di kedua-dua belah tangan namun keadaan mereka stabil.
âAda dakwaan mengatakan suspek berada dalam pengaruh alkohol ketika kejadian berlaku,â katanya.
Katanya, orang ramai yang berada di lokasi kejadian membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Pulau Perhentian untuk mendapatkan rawatan awal.
Ekoran kejadian itu, polis dikatakan berjaya menahan dua suspek terbabit pagi semalam yang dikatakan bekerja di pulau itu selepas menerima laporan kejadian.
Mangsa kemudiannya dibawa ke Kuala Besut selepas subuh pada hari kejadian sebelum dirujuk ke Unit Kecemasan Hospital Besut.
Patrick Cruz difahamkan terpaksa menerima jahitan di kepala akibat kecederaan itu bagaimanapun berada keadaan sedar serta boleh bercakap.
Dua beradik itu kemudiannya dilihat dibawa dengan ambulans yang disewa khas, difahamkan untuk mendapat rawatan lanjut di sebuah hospital swasta di Kuantan, Pahang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian, namun enggan mengulas lanjut.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment