Pelakon Zul Ariffin yang dikaitkan bercinta dengan seorang gadis warganegara Ukraine, bagaimanapun tidak menafikan atau mengiyakan khabar tersebut. Menurut Zul, dia mahu ‘masa’ yang memberikan jawapan pada persoalan yang timbul.

BACA: Zul Ariffin Bercinta Dengan Gadis Ukraine?


“Saya tak ada komen mengenai perkara ini. Saya bercuti dan saya pergi traininglah. Perkara ini mudah, kalau saya cakap perkara baik atau buruk ianya tidak membezakan apa-apa”


“Jadi saya biarkan orang untuk mengandaikan apa sahaja. Saya akan berdiam diri,” katanya yang ditemui di majlis tayangan Hantu Kak Limah.

Dalam pada itu, Zul turut mengakui dia mengenali rakannya itu yang dikatakan sama-sama menjalani latihan tinju di Phuket, Thailand.



“Sudah semestinya saya kenal, kawan baik. Kami menjalani latihan sekali,” ujarnya ringkas. (rtky/h)