Jika anda mengikuti Instagram pelakon Emma Maembong, pasti ramai tahu bahawa Emma sering kongsikan gambar mesra bersama bapanya. Ramai yang memuji dan tidak kurang juga ada yang cemburukan hubungan rapat mereka anak beranak.

Terbaru, Emma membuat kejutan istimewa buat bapanya, Ismail Embong, 70 tahun, dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah sempena hari jadi bapanya.


Menerusi posting di Instagram, Emma kongsikan detik istemewa itu dan memberitahu bagaimana dia mula bekerja sejak umur 15 tahun untuk membantu bapanya sebagai seorang pelukis. Menurut Emma lagi, hadiah tersebut adalah untuk membalas jasa bapanya yang menjaganya dengan baik sejak dari kecil lagi.


Dari kecik kawan2 mesti cerita “ ayah aku CEO” “ ayah aku kerja besar” ayah kau emma cuma pelukis je. Boleh hidup ke? Kau plk tak sekolah mcm mana nk jaga ayah kau. Dari umur 15 dah mula berkerja untuk bantu ayoh.belajar membaca sendiri,belajar erti hidup .bila kita berjalan byk benda perlu berlajar sendiri. Byk cabaran dan dugaan tp apa2 pon yg jadi usaha paling penting. And This is for you ayoh. Thank you sbb jaga tima dgn baik. Dari kecik sampai besar. Tima cuma nk ayoh dan mama bangga dgn tima. Hope you like. Love you so much ayoh. I got my cool sport car from @dtcmotors . Kalau nk cari kereta cantik2 dan murah boleh contact dgn @ali_dtcmotors . Thank you ! #emmamaembong #emanizers @emanizers #xdehalbro

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on



“Dari kecik kawan-kawan mesti cerita “ ayah aku CEO”, “ayah aku kerja besar”, “ayah kau Emma cuma pelukis je. Boleh hidup ke? Kau pula tak sekolah macamana mana nak jaga ayah kau.

“Dari umur 15 dah mula berkerja untuk bantu ayoh. Belajar membaca sendiri, belajar erti hidup. Bila kita berjalan banyak benda perlu berlajar sendiri. Banyak cabaran dan dugaan tapi apa-apa pun yang jadi usaha paling penting,” tulis Emma.

Emma juga turut meluahkan rasa terkilan apabila ada kawan-kawannya yang memperlekehkan pekerjaan bapanya sebagai pelukis dan memandang rendah padanya tentang bagaimana dia mahu menjaga bapanya sedangkan dia tidak bersekolah.

Pengorbanan seorang bapa memang tidak boleh diukur dengan wang ringgit, tapi tidak salah rasanya jika seorang anak cuba menggembirakan hati bapanya dengan menghadiahkan sesuatu yang mahal.