Pengerusi Mada baharu akan diumum dua minggu lagi

Sunday, July 29, 2018

Pengerusi Mada baharu akan diumum dua minggu lagi

Pengerusi Mada baharu akan diumum dua minggu lagi

ALOR SETAR â€" Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengumumkan Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) yang baharu selewat-lewatnya dua minggu lagi.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, ketika ini pihaknya di peringkat akhir pemilihan kerana perlu mengambil kira keupayaan calon itu bagi menggalas tanggungjawab berkenaan.

“Kita dalam peringkat akhir untuk melantik Pengerusi Mada yang baharu dalam masa seminggu dua ini akan saya selesaikan bersama dengan beberapa pelantikan baharu untuk memastikan Mada akan terus diterajui oleh kepimpinan baharu.

“Saya akan mengambil kira tentang keupayaan, pengalaman dalam pentadbiran dan urus tadbir dengan petani, jadi kita harus ada kombinasi orang politik dan ada kepakaran dan pengetahuan dalam bidang tertentu,” katanya kepada pemberita pada Program Ramah Mesra Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Bersama Pemimpin Peladang Mada di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengurus Besar Mada, Datuk Fauzi Ali dan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Pertubuhan Peladang Kawasan Mada, Musa Kamis.

Sebelum ini, pengerusi Mada ialah Datuk Othman Aziz.

Sementara itu, ketika mengulas Projek Estet Padi Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) Projek Penggerak Ekonomi (EPP) 10 di bawah penyeliaan Mada yang membabitkan kira-kira 61,246 hektar sawah di kawasan Mada, Salahuddin berkata kerajaan akan melihat kembali projek itu.

Projek NKEA EPP10 merupakan usaha kerajaan sebelum ini serta Mada untuk menggalakkan penanaman padi berskala komersial dengan sasaran purata hasil bersih padi sebanyak lapan tan sehektar.

Selain itu, ia dapat meningkatkan pembabitan peladang dalam keseluruhan rantaian makanan selaras untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi dalam mengekalkan kelestarian bekalan makanan negara. - Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment